4c45b656-31d9-4fae-b7fd-d63cdbadfa40_zpse6efbcbc

Selamat datang ke Jalinan Qaseh, satu destinasi di mana kejelitaan dalaman dan luaran dan bermula di sini.

Kami ditubuhkan sejak 2003 dan sudah menjangkau 10 tahun usia di dalam dunia kecantikan dan kesihatan. Terdapat lebih daripada 10,000 produk yang kami tawarkan untuk pembeli, bukan sahaja barangan kesihatan dan kecantikan malah terdapat juga barangan dekorasi rumah, Tupperware Brands, barangan Syarikat Menang, Avon dan pelbagai lagi. Kami juga menawarkan perkhidmatan spa, kursus kecantikan dan Andaman pengantin untuk pelanggan kami memanjakan diri dan memudahkan mereka mencari semua keperluan di bawah satu bumbung.

8846_529398497127801_2076228430_n1

Hari ini, Jalinan Qaseh telah mempunyai  5 cawangan dan hampir 100 stokis dan pengedar di sekitar Malaysia.
Dengan memperkenalkan sistem membeli belah secara online ini, kami berharap nama Jalinan Qaseh lebih meluas dan dikenali di seluruh Malaysia malah antarabangsa.

Di Jalinan Qaseh, kami percaya pengalaman anda membeli belah di sini mestilah mudah dan menyeronokkan. Di sini, kami mempunyai kumpulan perkhidmatan pelanggan yang mesra dan sentiasa berusaha memenuhi keperluan anda.
Pembelian secara online adalah untuk memudahkan pelanggan yang tinggal jauh dari kedai utama dan cawangan kami untuk mendapatkan barangan yang diingini.

Di sini kami mempunyai potongan hebat untuk pelanggan yang membeli secara online, anda berpeluang untuk mendapat diskaun sebanyak 2%- dengan syarat anda membeli secara online di website ini dan pengambilan barang sendiri di kedai utama kami.Ia memudahkan anda untuk tidak perlu mengambil masa yang lama untuk membeli barangan. Anda hanya perlu beli secara online, ambil barangan anda sendiri di kedai kami dan mendapat potongan istimewa sebanyak 2%.

Sistem pembelian secara borong juga disediakan untuk ahli malah anda yang berminat untuk menjadi pengedar atau stokis boleh mendapat harga yang lebih istimewa dengan modal yang berpatutan untuk semua golongan.

Kami menggunakan sistem ahli untuk melayakkan pelanggan kami mendapat harga istimewa untuk setiap barangan yang dijual di Jalinan Qaseh. Sehingga hari ini, ahli Jalinan Qaseh telah pun mencecah sehingga 10,000 orang. Untuk menjadi ahli kami, anda hanya perlu mendaftar dengan bayaran RM25.00 untuk keahlian seumur hidup. Anda boleh mendapat diskaun dari 10% hingga 50%.

Marilah membeli belah di Jalinan Qaseh sekarang dan dapatkan potongan harga menarik serta barangan yang bermutu dan asli.